![]() |
| hijrah is a journey. for me, its a journey from bad to good |
[kredit]
hijrah...
ramai orang faham maksud hijrah. berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. bagi saya? apakah erti hijrah?
dalam diri saya dah lama ingin kan sesuatu yang baru. i mean, perubahan. dari kurang baik, kepada yang baik. daripada baik kepada yang lebih baik. sempena tahun baru hijrah, sebelum terlambat, saya ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1435H. Salam Maal Hijrah. ^_^
hijrah...
saya telah berhijrah. alhamdulillah. selama ni, saya mencari-cari diri saya yang sebenar. saya tak tahu yang manakah diri saya yang sebenar. sehingga lah pada suatu hari, saya dapati diri saya kekosongan. ada sesuatu yang perlu diisi. selama ini rohani saya hanya diisi denagan hiburan. tak ada langsung rasa ingin mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Allahurobbi T_T. memang sedih. sedih sekali. kerana apa? Makcik Hidayah tak nak datang pun jenguk saya. sebab saya sendiri tak mencari Hidayah itu sendiri. kita selalu baca surah Al- fatihah. setiap hari 17 kali sehari. selalu baca
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus [1:6].
tapi adakah kita menghayati ayat al-Quran tersebut? mungkin ramai yang menghayati firman Allah tersebut. tapi mungkin saya seorang sahaja yang tidak betul-betul menghayati. setiap hari meminta kepada Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus. tapi perangai kita sehari-harian tidak ada langsung menunjukkan yang kita ni mencari dan mengharapkan petunjuk jalan yang lurus dari Allah. macam mana tu? siang hari buat maksiat, dosa-dosa kat Allah. malam hari pun sama. bila nak minta keampunan dari Allah?nak tunggu nyawa kat halkum dulu baru nak minta ampun dari Allah? Too late! Allahu robbi.
semasa hidup ni, semasa Allah bagi semua nikmat kehidupan ni, semasa Allah tak tarik lagi nyawa, semua nikmat dunia ni, kembali lah kepada Allah.
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, sabda Rasulullah S.A.W, Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dlam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam jemaah manusia, maka Aku pun mengingatinya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekati-nya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(sahih Muslim No. 4832)
ini adalah hadith yang saya akan ingat sampai bila-bila. sebab inilah hadith yang saya baca, sehingga bercucuran air mata saya mengalir. inilah hadith yang sangat menyentuh hati saya. inilah hadith Nabi s.a.w yang membuatkan saya berhijrah. di kala saya sedang mencari sesuatu untuk diisi ke dalam rohani saya, Allah tunjukkan saya sabda Nabi ini. betapa Allah sayangkan hamba-Nya. betapa Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Memberi Belas.
Bila terbuka sahaja hati untuk berhijrah, Allah beri saya macam macam dugaan. untuk menguji sekuat mana iman saya. adakah saya akan kembali ke takuk lama apabila saya di uji sebegini? Alhamdulillah, Allah bagi hati saya kuat menempuhi ujian-ujian yang Allah bagi.
[kredit]
Pintu Keampunan Allah sentiasa dibuka. Di mana sahaja, pada mana-mana waktu, Allah sentiasa memberi ampun kepada kita. Allah, ampunkan aku Ya Allah.
pengertian Hijrah bagi saya? mendapat hidayah dari Allah Taala.



learned something good here..thanks =)
ReplyDeleteMenarik... teruskan usaha murni anda
ReplyDelete